Monday 11 June 2012

Subhanallah. Takutnya


MENGIKUT kalendar 2012, awal Ramadan ialah pada 20 Julai iaitu hari Jumaat dan 15 Ramadan juga, hari Jumaat. Hadis Rasulullah SAW ada menyebut mengenai huru-hara besar yang akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan iaitu pada Jumaat 15 Ramadan.
Itulah yang heboh disebarkan dan fakta dikuatkan oleh hadis, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam laman sosial Facebook sejak tiga tahun lalu dan berulang lagi tahun ini walaupun sudah ada penjelasan diberikan pihak berwajib.
Jabatan Mufti Perlis yang turut menerima pertanyaan orang ramai mengenai maklumat dan hadis berkenaan memberitahu, hadis itu tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau palsu.
Perkara ini tidak menghairankan kerana sudah banyak maklumat mengenai huru-hara atau dunia akan berakhir pada 2012 disebarkan termasuk yang dikaitkan dengan tarikh tepat dalam kalendar suku Maya yang dijumpai di bawah runtuhan di Mexico iaitu kiamat bakal berlaku pada 21 Disember 2012.
Ditambah pula dengan sogokan daripada filem Hollywood yang memaparkan dunia akan kiamat seperti filem 2012, Armageddon atau Deep Impact. Semua cereka sains itu menunjukkan keadaan kacau bilau dan bencana yang berlaku di seluruh dunia menjelang kiamat.
Masih ada yang terpengaruh dengan tukang ramal seperti Nostradamus yang turut meramalkan dunia akan berakhir pada 2012. Beliau sebelum ini pernah meramalkan bahawa dunia akan berakhir pada 1999.
Satu lagi yang mengaitkan dunia akan berakhir tahun depan dibuat penulis Bible Code iaitu Michael Drosnin yang mendakwa Bible Code adalah siri wahyu awal menggunakan teks Hebrew. Bible Code menyatakan bumi akan dilanggar meteor atau komet pada 2012.
Malah, jika diperhatikan sekarang ini di Barat ada gereja dan kumpulan tertentu yang berkempen di jalan raya mengingatkan orang ramai bahawa dunia akan kiamat tahun depan. Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA) juga dikatakan sudah mengesan sebuah planet yang mereka namakan Nibiru atau planet X, dilaporkan akan melalui kawasan berhampiran bumi. (LINK)
Sesungguhnya, kiamat pasti datang dan beriman kepada Hari Kiamat satu daripada Rukun Iman. Allah SWT berfirman bermaksud: “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi.” (Surah al-Baqarah ayat 177)
Al-Quran menjelaskan mengenai kedatangan kiamat sama ada secara uslub bayani (penjelasan) atau khabar mujarrad (berita murni tanpa tambahan). Ada kalanya Allah meyakinkan terjadinya kiamat dengan penekanan kepada huruf taukid yang berfungsi untuk menguatkan seperti firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang.” (Surah Taha ayat 15)
Muhammad SAW dan malaikat paling hampir dengan Rabbul ‘Izzah iaitu Jibril tidak mengetahui dan tidak diberi ilmu untuk menyatakan tarikh sebenar kiamat. Apa lagi kita sebagai umat Muhammad SAW.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Telah dekat (datangnya) saat itu dan itulah terbelah bulan.” (Surah al-Qamar ayat 1)
Diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku diutus sedang kiamat seperti kedua anggota ini (dan Baginda memberi isyarat dengan kedua jarinya lalu memanjangkannya).
Bukan sekarang saja, tetapi sejak zaman Rasulullah lagi ramai sahabat sering bertanya kepada Baginda waktu datangnya kiamat sehingga datang jawapan daripada Allah SWT menerusi firman yang bermaksud: “Manusia bertanya kepadamu mengenai hari berbangkit, katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari berbangkit itu hanya di sisi Allah. Dan tahukah kamu (hai Muhammad) boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)
Antara tanda kiamat antaranya muncul Dajjal pendusta, diangkat ilmu, banyak gempa bumi, cepatnya waktu berjalan, banyak fitnah, banyak pembunuhan, harta melimpah-limpah hingga tiada orang menerima sedekah atau zakat sehingga matahari terbit daripada tempat tenggelamnya dan turunnya Nabi Isa.
Banyak tanda kiamat yang telah terjadi seperti Nabi Muhammad SAW yang diutuskan dan kewafatan Baginda. Selain itu ada juga tanda kiamat yang masih berlaku atau sudah berlaku dan mungkin akan berulang lagi termasuk penaklukan serta peperangan.
Berbalik kepada 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan yang jatuhnya pada Jumaat, ia sudah kerap berlaku antaranya pada 15 Ramadan 1300H/1883M; 1891M/1308H; 1899M/1316H; 1906M/1324H dan 1914M/1332H.
Juga berlaku pada tahun 625M bersamaan 3 Hijrah; 632M/11H; 637M/16H; 640M/19H dan 645M/24H.
Hendaklah kita berserah diri kepada Allah setiap masa dan memohon kepada-Nya supaya dilindungi daripada sebarang bahaya makhluk sama ada yang nampak atau tidak serta tergolong dalam kalangan mereka yang amalan dan timbangan kebaikan lebih berat di akhirat kelak.
Jika pada masa lalu kita banyak melakukan kesilapan dan meninggalkan ibadah wajib, maka mulai sekarang berusahalah tidak mengabaikan perintah wajib selain memperbanyakkan amalan sunat. Oleh Razali Zakaria 
reference : http://melayukini.net/2011/11/bicara-agama-betul-ke-kiamat-pada-ramadhan-2012/

Sunday 27 May 2012

Family Photos


Sorry, saya kuat berangan sikit :D tapi tak salah kalau angan-angan jadikan kita semangat untuk dapatkan apa yang kita angan-angankan :) assalamualaikum and peace.

Saturday 26 May 2012

Nur Wahida? Forever she's mine!

if i were a garden, she be my wonder plant, she be my wonder woman got me strong like rubber band




Tuesday 15 May 2012

Mama said...

Responsibility would never come if there is no sincerity in the heart !

Alhamdulillah Bersyukur Kepada Allah

Alhamdulillah setelah solidariti jutaan masyarakat dunia yang menakjubkan terhadap tahanan Palestin, "hunger strike" yang dilancarkan berjaya dan "Israel" telah bersetuju untuk menerima permintaan mereka

Terima kasih kepada semua yang telah menukar Profile Picture sebagai solidariti dalam isu ini. Israel terkejut kerana lebih 2 juta pengguna Facebook menukar DP dalam beberapa jam semalam.

Tahniah juga kepada semua yang telah membuat protes ke atas Israel, menyebarkan kesedaran kepada orang ramai. Sekurangnya kita telah membuat sesuatu untuk mereka.

Sekarang mereka sangat gembira di Palestin dan mereka meraikannya. Alhamdulillah !! Alhamdulillah !! Alhamdulillah !! Alhamdulillah !!

Sesiapa yang belum menunjukkan solidariti, moga Allah memberi peluang lain untuk membantu. Ameen

Teruskan Perang Media dan Perang Doa kita,

Reference : Kelab IKRAMMesir

Family tree of the Prophets


Reference : Facebook Page Islam Has the Solution of ur Problems

Palestinian Prisoners


ini adalah untuk menyebarkan KESEDARAN tentang mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

Mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja. Ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh. Sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana. Tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita lakukan. Perang Media!

Minta TOLONG semua sahabat untuk menukar gambar profil. Ini antara satunya. Ada banyak lagi gambar yang anda boleh dapatkan di internet ini.
 — at Palestin by Kelab IKRAMMesir.